
Peraturan
LARANGAN AM
- Seseorang pelajar tidak boleh:
-
- Melanggar apa-apa arahan Pustakawan, anggota perpustakaan atau pekerja perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan.
LARANGAN UMUM
- Semua pengguna Perpustakaan tertakluk kepada peraturan Perpustakaan.
- Semua staf Perpustakaan diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan ini.
- Hanya pengguna yang mempunyai kad keahlian / kad matrik / surat kebenaran sahaja dibenarkan masuk ke Perpustakaan.
- Pustakawan berhak untuk menahan pengguna yang melanggar peraturan daripada menggunakan kemudahan Perpustakaan dan jika perlu, tindakan disiplin akan dikenakan.
PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
- Perpustakaan dibuka kepada semua warga kolej.
- Perpustakaan juga boleh mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan kemudahan koleksi tesis untuk rujukan para pensyarah dan kakitangan.
- Semua pelajar yang berada di dalam Perpustakaan dikehendaki mempamerkan kad matrik / surat kebenaran apabila diminta.
- Pengguna dilarang membiarkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun berada di dalam Perpustakaan tanpa pengawasan.
PERILAKU PENGGUNA
- Beg dan bungkusan (kecuali beg tangan) tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Semua beg dan bungkusan hendaklah diletakkan di rak yang disediakan di luar Perpustakaan atas tanggungjawab sendiri.
- Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan barang-barang persendirian yang ditinggalkan di dalam Perpustakaan.
- Kerusi, meja dan perabot Perpustakaan tidak boleh dipindahkan dari tempat asalnya.
- Pengguna yang didapati menanda, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan Perpustakaan atau berkelakuan yang mana boleh membawa kerosakan kepada barang-barang tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
- Pengguna Perpustakaan yang didapati makan, minum, merokok, mengotor atau tidur di mana-mana tempat di dalam Perpustakaan akan diminta meninggalkan kawasan Perpustakaan.
- Pengguna Perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad matrik pengguna lain.
- Perbuatan menyorok buku / bahan Perpustakaan adalah satu kesalahan.
- Pengguna tidak dibenarkan membuat bising atau membuat sesuatu yang menjejaskan suasana pembelajaran. Staf Perpustakaan berhak untuk meminta pengguna yang dianggap mengganggu ketenteraman pengguna lain supaya keluar dari Perpustakaan.
- Tempahan tempat duduk di kawasan membaca tidak dibenarkan. Semua buku dan barang persendirian yang ditinggalkan di atas kerusi / meja melebihi 20 minit tanpa digunakan akan dikutip oleh staf Perpustakaan.
- Semua barang yang tertinggal di kawasan membaca semasa Perpustakaan ditutup boleh dituntut di Kaunter Pinjaman (Hadapan).
- Semua pengguna mesti menunjukkan semua bahan kepada pegawai bertugas semasa hendak keluar dari Perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar apa-apa bahan Perpustakaan tanpa pinjaman yang sah.
- Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar bahan / buku yang melewati tarikh pemulangannya dari Perpustakaan.
- Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas dan mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan oleh Kolej Yayasan Melaka. Staff bertugas berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan ini meninggalkan Perpustakaan.
- Buku-buku yang dipinjam adalah dianggap masih lagi didalam pinjaman sehingga rekod dibatalkan melalui Kaunter Pinjaman. Peminjam juga hendaklah memastikan bahawa tarikh pemulangan telah dibatalkan semasa buku dikembalikan.
PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
- Tempoh pinjaman untuk bahan-bahan Perpustakaan telah ditetapkan dan peraturan ini mestilah dipatuhi setiap masa.
- Setiap peminjam mesti menunjukkan kad matrik semasa membuat pinjaman atau pembaharuan.
- Perkhidmatan pinjaman ditamatkan setengah jam sebelum Perpustakaan ditutup.
- Pustakawan berhak mendapatkan balik bahan yang telah dipinjam pada bila-bila masa walaupun tempoh pinjaman belum berakhir.
- Semua bahan yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh akhir tempoh pinjaman. Pembaharuan boleh dibuat pada bila-bila masa jika tidak ada pengguna lain yang menempah bahan tersebut.
- Pengguna bertanggungjawab ke atas semua bahan yang dipinjam.
- Kehilangan atau kerosakan bahan Perpustakaan mesti dilaporkan dengan segera. Pengguna akan dikenakan bayaran harga bahan yang berkenaan.
- Bahan berikut tidak dibenarkan untuk dibawa keluar dari Perpustakaan dan hanya boleh dipinjam untuk kegunaan di dalam Perpustakaan sahaja:
- Buku Pinjaman Perpustakaan yang belum discan.
- Majalah-majalah.
- Buku Rujukan
- Tesis
- Semua bahan persendirian seperti fail dan buku tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
- Bagi pembaca yang ingin membuat catatan, mereka boleh membawa masuk catatan sendiri bagi tujuan tersebut.