Perkhidmatan

Perpustakaan ICYM telah menyediakan beberapa jenis perkhidmatan untuk para pelajar dan kakitangan. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah seperti berikut:

PINJAMAN BUKU

Pinjaman hanya dibenarkan kepada ahli yang berdaftar dengan Perpustakaan ICYM. Bagi pelajar, had pinjaman yang dibenarkan sebanyak 2 buah buku sahaja dan tempoh pemulangan adalah selama 7 hari. Manakala bagi kakitangan, had pinjaman adalah sebanyak 3 buah buku dan tempoh peminjaman adalah selama 14 hari.

RUJUKAN

Perpustakaan telah menyediakan pelbagai bahan rujukan yang meliputi buku rujukan, keratan akhbar, majalah, koleksi soalan-soalan peperiksaan, tesis, projek, risalah dan lain-lain mengikut keperluan para pelajar.

AKHBAR DAN MAJALAH

Terdapat akhbar harian yang meliputi pelbagai bahasa turut disediakan untuk pengguna yang boleh didapati daripada Bahagian Akhbar. Majalah keluaran setiap bulan daripada pelbagai aspek dan bahasa pula boleh diperolehi daripada Bahagian Majalah

DIGITAL LIBRARY

Perpustakaan telah menyediakan sebanyak 14 buah komputer untuk para pelajar mencari bahan atau maklumat melalui digital library. Pelajar diberi kemudahan penggunaan internet secara percuma untuk pencarian maklumat. Pelajar hanya perlu memasukkan “username” dan “password” yang telah berdaftar untuk melayari internet. Setiap cetakan akan dikenakan bayaran yang telah ditetapkan. Selain itu, pembelian disket juga boleh dibuat di Kaunter Pinjaman Perpustakaan. Bagi pelajar yang menghadapi masalah dalam penggunaan digital library hendaklah mendapatkan bantuan daripada kakitangan yang bertugas.

PENCARIAN MAKLUMAT ATAS TALIAN (OPAC )

Terdapat juga kemudahan perkhidmatan pencarian buku secara talian (online). Pengguna yang berminat boleh menggunakan sistem ini di Komputer 01. Sistem ini dikenali sebagai OPAC (Online Public Access Catalogue).

PERKHIDMATAN FOTOSTAT

Terdapat 2 sebuah mesin fotostat digital yang disediakan kepada para pelajar. Para pelajar hanya dibenarkan membuat salinan daripada bahan-bahan rujukan yang dibenarkan sahaja. Kadar bayaran adalah seperti yang telah ditetapkan. Bagi kemudahan pelajar kami juga menjual kad photostet yang berharga RM10.

SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN

Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu para pelajar dan pensyarah-pensyarah meminjam atau mendapatkan bahan perpustakaan yang tidak terdapat di dalam koleksi Perpustakaan KYM. Polisi dan prosedur permohonan dan pinjaman bahan perkhidmatan SPP adalah tertakluk kepada Perpustakaan KYM dengan Perpustakaan pembekal (IPTA dan IPTS).

KAWASAN “HOT SPOT”

Para pelajar boleh mengakses internet melalui notebook sendiri di Perpustakaan ICYM di kawasan yang berdekatan ruang tengah bangunan akademik, penggunaan elektrik kolej adalah dibenarkan.