Peraturan

LARANGAN AM

  1. Seseorang pelajar tidak boleh:
    • Melanggar apa-apa arahan Pustakawan, anggota perpustakaan atau pekerja perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan.

LARANGAN UMUM

  1. Semua pengguna Perpustakaan tertakluk kepada peraturan Perpustakaan.
  2. Semua staf Perpustakaan diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan ini.
  3. Hanya pengguna yang mempunyai kad keahlian / kad matrik / surat kebenaran sahaja dibenarkan masuk ke Perpustakaan.
  4. Pustakawan berhak untuk menahan pengguna yang melanggar peraturan daripada menggunakan kemudahan Perpustakaan dan jika perlu, tindakan disiplin akan dikenakan.

PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

  1. Perpustakaan dibuka kepada semua warga kolej.
  2. Perpustakaan juga boleh mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan kemudahan koleksi tesis untuk rujukan para pensyarah dan kakitangan.
  3. Semua pelajar yang berada di dalam Perpustakaan dikehendaki mempamerkan kad matrik / surat kebenaran apabila diminta.
  4. Pengguna dilarang membiarkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun berada di dalam Perpustakaan tanpa pengawasan.

PERILAKU PENGGUNA

  1. Beg dan bungkusan (kecuali beg tangan) tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Semua beg dan bungkusan hendaklah diletakkan di rak yang disediakan di luar Perpustakaan atas tanggungjawab sendiri.
  2. Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan barang-barang persendirian yang ditinggalkan di dalam Perpustakaan.
  3. Kerusi, meja dan perabot Perpustakaan tidak boleh dipindahkan dari tempat asalnya.
  4. Pengguna yang didapati menanda, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan Perpustakaan atau berkelakuan yang mana boleh membawa kerosakan kepada barang-barang tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
  5. Pengguna Perpustakaan yang didapati makan, minum, merokok, mengotor atau tidur di mana-mana tempat di dalam Perpustakaan akan diminta meninggalkan kawasan Perpustakaan.
  6. Pengguna Perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad matrik pengguna lain.
  7. Perbuatan menyorok buku / bahan Perpustakaan adalah satu kesalahan.
  8. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising atau membuat sesuatu yang menjejaskan suasana pembelajaran. Staf Perpustakaan berhak untuk meminta pengguna yang dianggap mengganggu ketenteraman pengguna lain supaya keluar dari Perpustakaan.
  9. Tempahan tempat duduk di kawasan membaca tidak dibenarkan. Semua buku dan barang persendirian yang ditinggalkan di atas kerusi / meja melebihi 20 minit tanpa digunakan akan dikutip oleh staf Perpustakaan.
  10. Semua barang yang tertinggal di kawasan membaca semasa Perpustakaan ditutup boleh dituntut di Kaunter Pinjaman (Hadapan).
  11. Semua pengguna mesti menunjukkan semua bahan kepada pegawai bertugas semasa hendak keluar dari Perpustakaan.
  12. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar apa-apa bahan Perpustakaan tanpa pinjaman yang sah.
  13. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar bahan / buku yang melewati tarikh pemulangannya dari Perpustakaan.
  14. Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas dan mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan oleh Kolej Yayasan Melaka. Staff bertugas berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan ini meninggalkan Perpustakaan.
  15. Buku-buku yang dipinjam adalah dianggap masih lagi didalam pinjaman sehingga rekod dibatalkan melalui Kaunter Pinjaman. Peminjam juga hendaklah memastikan bahawa tarikh pemulangan telah dibatalkan semasa buku dikembalikan.

PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN

  1. Tempoh pinjaman untuk bahan-bahan Perpustakaan telah ditetapkan dan peraturan ini mestilah dipatuhi setiap masa.
  2. Setiap peminjam mesti menunjukkan kad matrik semasa membuat pinjaman atau pembaharuan.
  3. Perkhidmatan pinjaman ditamatkan setengah jam sebelum Perpustakaan ditutup.
  4. Pustakawan berhak mendapatkan balik bahan yang telah dipinjam pada bila-bila masa walaupun tempoh pinjaman belum berakhir.
  5. Semua bahan yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh akhir tempoh pinjaman. Pembaharuan boleh dibuat pada bila-bila masa jika tidak ada pengguna lain yang menempah bahan tersebut.
  6. Pengguna bertanggungjawab ke atas semua bahan yang dipinjam.
  7. Kehilangan atau kerosakan bahan Perpustakaan mesti dilaporkan dengan segera. Pengguna akan dikenakan bayaran harga bahan yang berkenaan.
  8. Bahan berikut tidak dibenarkan untuk dibawa keluar dari Perpustakaan dan hanya boleh dipinjam untuk kegunaan di dalam Perpustakaan sahaja:
    • Buku Pinjaman Perpustakaan yang belum discan.
    • Majalah-majalah.
    • Buku Rujukan
    • Tesis
  9. Semua bahan persendirian seperti fail dan buku tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
  10. Bagi pembaca yang ingin membuat catatan, mereka boleh membawa masuk catatan sendiri bagi tujuan tersebut.